Minggu yang sangat-sangat sibuk

by - 01:40:00

Assalamualaikum, peace upon you.


Minggu yang sibuk ni shida memang tak boleh nak buat apa, tiba-tiba jem semuanya!! Masuk hari ni dah hari ke 3 rumah dalam proses mengecat bukan cat biasa-biasa ok cat satu rumah dari pagar depan sampai pagar belakang sempena apa?? Banyak sempenanya antaranya sempena Majlis Perkahwinan kakak shida dan Hari Raya yang bakal menjelang tak lama lagi. Jadi semua ready awal-awal supaya senang nanti tak lah kelam kabut. Tapi sekarang rumah macam rumah baru pindah tunggang langgang semuanya. Disebabkan cat satu rumah ni, setakat ni baru siap bilik pengantin, ruang tamu 1 dan ruang tamu 2, rumah ni berblok-blok jadi ruang tamu ada dua heheee.

Jadinya aktiviti online tergendala sementara. Sejak-sejak ni kan hujan hari-hari turun lepas tu line internet slow kadang-kadang tak boleh pakai dah 2hari dah. Esok baru shida nak buat report nak tanya kenapa line wifi shida keluar signal merah. Nak kata bil mustahil shida dah bayar dah! Ini pun shida type guna Hp Samsung S3 shida. Terkial-kial taip entri ni tau, gambar pun tak ada sebab nak upload tak lepas-lepas tak faham shida huhuu! Nasib ada mobile internet ni boleh lah shida online buka facebook, check email dan update blog tapi nak blogwalking amat payah sekali shida nak singgah blog korang huhuuu. Now kena tunggu line ok dan rumah dah siap cat sepenuhnya baru selesa nak online! Ohya! bilik shida bakal dicat dengan warna PINK arghhh..stress kenapa lah kakak pilih warna pink bukan BIRU huhuu.



You May Also Like

6 comments

  1. time² mcm ni memang dah kena siap awal kan shida..takpe,lepas settle semua boleh rehat..wahh cat PINK..mesti tema pink nanti ye..xpe shida, shida kawen nanti cat biru okay :)

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  3. hish buzy bebenor ni shida..hehee..pergh pink tu..terima jela dengan redha.hehe

    ReplyDelete
  4. Masa nk kawin hritu bilik sy sndiri kna cat. Fuhh letih mengecat ni wlpun bilik x la besar mna. Yng buat pnat tu tng kmas brng la ...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.