Kepenatan melampau sebab tolak kereta sejauh 200 meter
Assalamualaikum, peace upon you.
Alkisah semalam punya cerita! balik dari tesco beli barang-barang bersama mak dan sorang adik shida. Dia lah driver kami hehee. Masa kami baru keluar dari rumah memang ada air tumpah dari bawah kereta, air ya bukan minyak lepas tu kami ingat air dari mana-mana mengalir sampai ke bawah kereta so memang tak buat tindakkan apa-apa lah. So kami terus ke tesco beli barang, balik dari tesco dalam area pukul9 malam kami melencong ke kedai buah beli buah. Masa cari parking dekat kedai buah tu kami terbau hangit dah tapi memang tak sangka langsung dari kereta kami sendiri.
Dah selesai beli buah nak singgah kedai makan untuk makan malam dalam 9.45 macam tu elok start kereta tak boleh so kami pun buat rilek lah sebab dah biasa kereta sportage ni buat hal enjin tak boleh start. Tunggu lah kami dalam beberapa minit then start balik dah ok. Jalan balik seperti biasa elok berhenti lampu merah dekat traffic light enjin mati lagi terus pasang lampu kecemasan sebab kereta belakang dah hon-hon. Sampai lah mak kata minyak habis kot sebab memang tinggal 1 bar je, tunggu lama sikit baru ok boleh start terus inggah shell isi minyak dulu bagi penuh. Boleh start pula masa tu kan.
Mak macam tak sedap hati mak kata tak payah singgah kedai makan kita terus balik je then shida dengan adik pn ok jer lah tak ada masalah masa tu jam dah pukul 10 lebih dah. Kereta elok masa tu jalan macam biasa bila berhenti untuk lampu merah dia mati lagi sekali. Kali ni mati enjin dengan keluar asap dekat depan, memang cemas masa tu cepat adik tekan lampu kecemasan terus keluar. Dah lah masa tu kami ambil line tengah dekat traffic light tu so kereta banyak gila dan hanya tengok je keadaan kami. Tak ada siapa sudi tolong. Lepas ada sefamily orang india datang tolong kami. Dia cakap buka bonet depan dia nak tengok memang asap banyak gila time tu risau je meletop kereta ni.
India tu kata jangan start dah sebab air dah kering nanti boleh terbakar. Elok lampu dah merah semula india tu minta shida tolong dia tolak kereta ni ketepi jalan, adik pula memandu kat dalam dengan mak. Wahhh letih juga tolak kereta ni dah la kereta besar dan berat.. erghhhhhhh. Dah sampai tepi jalan india tu minta call sesiapa yang boleh tolong sebab dia boleh tolong sampai sini je. Memang terharu dia sudi tolong kami daripada kereta-kereta yang lain hanya tengok je. Tau lah perempuan semua dalam kereta ni..sedih gila!! Mak call kakak minta dia datang dengan tunang dia.
Selepas setengah jam kakak dengan tunang dia datang tolong kami. Dah isi air dalam tu pun masih tak boleh start. Last-last tunang kakak kata kita tolak dekat bengkel berkenaan dekat sini. Tengok je dekat tapi bila tolak kereta tu rasa lama juga huwaaa.. tolak sampai tercungap-cungap dah. Masa tengah tolak tu jalan tu macam membukit memang susahlah nak tolak dah lah berdua dengan tunang kakak tu. Dah siap tolak sampai kat bengkel tu, tunang kakak dah setel call apa semua kami balik naik kereta tunang kakak dan shida penat tak habis lagi huhuu :( rehat jap mandi terus tidur hahaaaaa dah lama kot tak excercise berat-berat macam tu. Dugaan lah lepas ni kena cek kereta dulu sebelum bergerak kan. Tak kira lah kita nak pergi tempat jauh ke dekat. Bila dah jadi macam ni baru haru biru jadinya. Bantulah sesiapa pun, bangsa apa pun jika dia alami kesulitan atau kesusahan. Peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang baca kisah ni. Terima kasih kepada sekeluarga orang india yang sudi bantu kami :')
11 comments
seb baik ada org nak tolong...
ReplyDeletealhamdulillah..smuanya ok..
ReplyDeleteAlhamdulillah tak de ape yang lebih teruk berlaku dan ada juga yang sudi memnantu pada waktu susah kan shida..ringan sikit beban..tu lah kan..kdg kita ni jrg nak check semua kan..even pg dkt5 pun kena check jugak keadaan kereta.
ReplyDeletewaa... kuat tu mmpu tolak kete... hehe
ReplyDeletengeh ngeh ngehhh...nak tergelak pun ada tp apa nk buat kannn...hehehe ;p
ReplyDeleteok lah, btw masa bawa kereta tu kita kena rajin2 sikit belek lampu or somthing kat dashboard kereta tu..tgk meter air kerrr...minyak kerrr...apa2 jer lah yg ada kat dpn tu.tp dlm kes ni kalau kereta dah xbh start mmg kena tggu sikit bg enjin tu sejuk..lepas sejuk baru boleh letak balik air dlm tu..kalau letak air dlm tu time panas mmg pecah la..tp kalau nk letak juga kena letak air panas, lepas tu tekan minyak sikit bg semua karat2 keluar.buat 2 3 kali...
Alhamdulillah ada yang tolong.kdg2 kaum sendiri taknak tlg.no offend tp mostly camtu.huhu.masa kete sy rosak dulu pun Pakistani yang tlg.huh..
ReplyDeleteOhh..dah lama tak tolak keter...
ReplyDeleteNasib baik ada gak nak tolong
ReplyDeleteMmg haru la shida...biasa air xde temperature akan naik kan?shida xperasan ke?
ReplyDeletelahai kesiannya la shida..nad pun penah mengalami situasi ni..
ReplyDeleteArtikel Yang Bagus Gan Mohon izin Comment nya ^_^
ReplyDeleteBOLA PELANGI - BANDAR MIX PARLAY TERBESAR DI INDONESIA HANYA DENGAN 1 USER ID SUDAH BISA BERMAIN SEMUA GAME.
Join US ! klik link di bawah ini ☟
☛ Prediksi Bola dan Togel.
☛ Bola Online
☛ Mix Parlay
☛ Bola Jalan
☛ Bandar Bola
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.