INFO : Pengambilan makanan yang buat kita supaya boleh tidur lena
Assalamualaikum, peace upon you.
Mengambil sayur-sayuran berdaun hijau gelap, biji labu bijan, kacang brazil dan ikan sangat baik untuk korang yang diserang INSOMNIA. Selain itu pisang dan avokado juga boleh membuat korang cepat lena. Bahan-bahan tersebut mengandungi sarat magnesium dan juga INSOMNIA biasanya disebabkan kekurangan magnesium dalam tubuh badan kita. So boleh lihat Piramid Makanan diatas yang mana patut kita lebihkan dan dikurangkan. Macam shida sendiri kan memang ada masalah INSOMNIA ni sejak dari zaman sekolah lagi so susah nak biasakan tidur awal atau lena. Lepas ni bolehlah cuba info ni mana tahu membantu mengatur pola tidur kita. Nasiblah shida ni jenis tak memilih sayur, semua jenis sayur shida makan :) cuma nak masak tak ada masa hehee :)
Macam tips-tips lain yang shida tahu (sekadar perkongsian) supaya kita boleh tidur lena atau tidur diwaktu malam. Minum milo panas sebelum tidur, jangan minum air kopi atau nescafe sebelum tidur, basuh kaki sebelum tidur dan lebih afdal ambil wuduq ke dan jangan makan lewat malam. Setakat ini saja yang shida boleh share sebab memang shida buat semua ni sebelum tidur. Biasanya shida kalau nak tidur lewat shida buat plan hari apa nak tidur lewat. Tak boleh kerap nanti mendatangkan masalah pada tubuh badan kita, lagi-lagi shida ni seorang pekerja so memang tak elok tidur lewat selalu. Kalau ada kerja mendesign baru shida ambil masa untuk siapkan itu saja :)
Pengalaman tak cukup tidur memang tak best! serius cakap. Lagi-lagi macam shida seorang pekerja juga bukan full time blogger dan designer. Shida pernah jatuh sakit sebab tak cukup tidur, demam berhari-hari sebab hari-hari shida tidur hanya 3 jam sahaja. kalau dah seminggu memang sakitlah badan. Bila dah jatuh sakit baru rasa kesalkan hehee itulah pengalaman shida so korang janganlah cuba memang tak seronok. Dalam demam tu bukan saja demam+pening+muntah dan selsema, pakej maiiii!!
16 comments
tidur cukup itu penting.. hihi..
ReplyDeletep/s: dear, t nak kod utk banner leh? =)
tq share akak
ReplyDeletegood tips..:)
ReplyDeleteMinum susu blh buatkn kita tidur lena.. Lpas dh de ank xde mkna nk tido lena.. Tidur2 aym je..hehe
ReplyDeletesaye sblom tido mnom susu..
ReplyDeleteboleh lena jgk la..
hihi
betul jugak.. kalau kita makan pun merapu badan boleh meragam, maka payah nak tido
ReplyDeleteprgai lama yanie hehee..skg dah kje tdo awal dah :)
ReplyDeleteheee thanks share ni tau kak shida <333333
ReplyDeletelepas kahwin xde insomnia dah..hee..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. hehe skrg ni dah jadi insomnia rasanya. makin susah nak tidur .. perut dah besar.. hehee.. selamat tengahari singgah sambil menabung sini ~~~
ReplyDeletesejak2 dah kawen ni aku mmg insomnia shida hehee..dlu zaman skolah xde mknenye hehee..
ReplyDeleteso kita kena cukup kan tidur pada setiap hari. hehehe
ReplyDeleteSejak ada ank mmg tido aje hobi baru.. ank tido.. mama tido
ReplyDeleteAyut pon kdg2x xleh tido.xpon tido xpuas.xtau la knape...kang minum milo ad sblm tdo skit perot kang.haha.sbb perot xleh trima milo.
ReplyDeletetidur kena cukup baru senang nak buat kerja.....
ReplyDeletenad minum air kosong dengan basuh muka je
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.