13 Tempat Paling Menyeramkan di Malaysia

by - 11:13:00

Assalamualaikum, peace upon you.

Tempat-tempat Paling Menyeramkan di Malaysia, sebenarnya kalau nak korek sejarah seram dalam Malaysia ni banyak sangat-sangat ada yang lebih seram pun ada, tapi yang shida share beberapa yang menjadi perbualan mulut masa sekarang ni. Lagi-lagi dengan kemunculan Movie Highland Tower yang mengejutkan ramai orang dari tak tahu jadi tahu kan, shida lah orangnya hehee. lepas tu muncul pula kisah Villa Nabila pun shida tak tahu juga bila keluar cerita ni baru tahu. Shida kurang nak selidik suka baca-baca je, ini pun shida share untuk korang sebab terbaca dekat facebook.

1. Highland Tower – Kuala Lumpur
Suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana. 
2. Banglo Mona Fandey
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan dunia. 
3. Kemayan City – Johor Bahru
Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama. Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.
 
4. Lebuhraya Karak
Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.
 
5. Villa Nabila – Johor Bahru
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut. Banyak juga kisah versi lain berkaitan villa ini, boleh search google dengan keyword –>
Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru 
6. Amber Apartment – Genting Highland
Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.
 
7. Simpang – T Georgetown – Pulau Pinang
Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.
 
8. Institusi St Michael – Ipoh
Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang.
Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini. 
9. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar – Perak
Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelajar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.
 
10. Victoria Intitution – Kuala Lumpur
Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.
 
11. Bukit Tungku – Kuala Lumpur
Satu kawasan menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.
 
12. Rumah ADO Menumbok – Sabah
Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ada yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.
 
13. Penjara Pudu
Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.



You May Also Like

26 comments

  1. mmg smua tmpt tu seram.. lg 1 sy nk tambah, kat mimaland..jln lama batu 12 gombak.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry tanya. just now kitorg pergi mimaland. tapi tak jumpa. sbb dalam maps takda . pernah pergi sana ?

      Delete
    2. mcm mana nak masum mimaland??

      Delete
  2. fuuhh.. baca detail pon dah seram .. huhu. serioulsy, zara xtau pasal no.3,6,7,7,8,910,11 tuu.. lagi yg no.12 tu .. kat sabah ?? menumbok pulak tuu.. zara xtaww pon.. haha.. ADO tu apa ??

    ReplyDelete
  3. mckk pun tyersenrai ke?wahhh berhntu lah tmpat tu..hehe

    ReplyDelete
  4. kemayan city in jb dah in the process of upgrading i think. ada nampak contractors kuar msok tmpat tu.

    ReplyDelete
  5. banyaknya tempat yang dikategorikan seram :)

    ReplyDelete
  6. seram bace yg penjara tu..nk buat pembangunan ape la plak kan..
    jgn ade gangguan lg udah ler..
    serammm..

    ReplyDelete
  7. skolah st. Micheal tu mmg btul...siang sekolah elok je..malam2 bru tau..sbb tu jarang buat xtvt malam mcm camping.. 1 g skola kt ipoh skolah Anderson..katanya setiap kali ada event malam kat skolah Anderson, tuan punya skolah, Anderson, akan tengok setiap xtvt skolah. huuuU~

    ReplyDelete
  8. @Cik Anis haaa pasal skolah anderson xpasti yg tu tp st.micheal mmg sellau dgr org citer..

    ReplyDelete
  9. salam jumaat :) syira singgah sini :)

    ReplyDelete
  10. Banyak yee tempat berhantu kat malaysia tuu... Yang kiera tahu kat karak, highand tower, villa nabila, penjara pudu dan monafendy tu.

    ReplyDelete
  11. Dah tau ni yg payah sikit. Takut sat g kang teringat2 ler pulakkk

    ReplyDelete
  12. kisah seram kat ostel kite camne plak shidah..?? hohoho

    aku ade review kat sini...

    ingat lagik x peristiwa hostel kena PUKAU??

    http://nzaodonut.blogspot.com/2013/01/misteri-pukau-1-pecah-masuk-dorm.html

    ReplyDelete
  13. memg byk tempat seram kat msia nih..kat port dickson pun ada..hehehe

    ReplyDelete
  14. bagus2 entry ni.. sekurang2nya tahu tempat2 seram di malaysia ni

    ReplyDelete
  15. Memang seram....ada lagi kisah seram ni..

    ReplyDelete
  16. nasib xpernah pergi lagi kat tempat seram ni..yg cerita rumah sek2 shah alam pun seram gak shida.

    ReplyDelete
  17. Simpang – T Georgetown – Pulau Pinang

    jalan yang selalu saya lalu bila balik ke kampung.. kadang-kadang bila malam pun lalu jugak..

    mmg kat situ seram sikit..

    ReplyDelete
  18. kemayan city tu dekat. tp xpnh tahu pun.hihi

    ReplyDelete
  19. Yg pnh lalu dpn cuma penjara pudu je.yg lain baca je.hihi

    ReplyDelete
  20. MMG MENYERAMKAN BILA DH TAHU KISAH SEBENAR YG PERNAH BLAKU KAT TMPT TU KAN

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.