Demam dah beransur pulih, Alhamdulillah lega sangat-sangat :)
Assalamualaikum, peace upon you.
Nak dijadikan cerita kan, hari ahad malam tu shida keluar pergi tesco entah tak semena-mena melangkah je dalam tesco kan ada aircond terus rasa seram sejuk, hidung kena sejuk aircond terus dalam hidung tu kering dan rasa sampai ke kepala, pastu terus pening-pening. Nak kata perut masuk aingin tak pula, period baru lepas tak tahu apa sebab. Tapi sejak-sejak musim hujan dekat taiping ni memang shida hari-hari kena hujan tapi tak pula demam. Bos selalu nasihat bawa raincoat tapi degil tak bawa-bawa padahal boleh letak dalam bakul motor ni, shida bukan tak nak bawa tapi lupa bila nak letak je, start motor terus pergi kerja memang tak tengok apa dah! masalah kurang rehat pun ada minggu lepas punya cerita.
Jadi pening shida berpanjangan sampai isnin tapi malam balik dari tesco tu memang shida makan panadol dengan harapan esok nya ok lah. Isnin tu memang ok rasa macam biasa lah tapi dah start batuk pula, dalam badan pula macam panas lain macam, rasa bahang. Suara pun dah bertukar jadi monster ini memang lawak bila jawab fone call kan semua panggil shida encik hahaaaa :D adoii memang lawak tapi sakit tetap sakit, sampai majikan shida pergi farmasi beli ubat untuk shida. Shida pun makan lah balik kerja tu. Esoknya hari selasa masih tak ok sakitnya makin menjadi-jadi siap badan panas gila-gila!
Emak balik dari berniaga pagi tu terus bawa pergi klinik tu yang terus kena cucuk kat punggung mak yang minta shida memang tak terdaya dah! Ini kali ketiga shida pergi jumpa doktor selama shida hidup tau. Biasa demam makan ubat biasa je dah ok kali ni demam dia manja lain macam sampai kena cucuk bagai. Dugaan ni bagi shida, asalkan shida sembuh sihat seperti biasa sudah tak nak sakit macam ni lama-lama tersiksa kot. Demam hari selasa ni demam panas+batuk kering+muntah+selsema+pening = Demam Manja!! Dapat cucuk terus sihat hari ni, petang shida tidur lepas kena cucuk tu bangun-bangun dan perpeluh rasa dah sihat alhamdulillah syukur lega sangat-sangat. Terus mandi dan solat mahgrib.
Hari ni hari Khamis, bangun macam biasa awal pagi dah boleh buat kerja rumah dan lain-lain termasuklah menaip entri yang panjang lebar ni. Hope korang tak letih membacanya :) MC doktor bagi 2 hari semalam dan hari ni so bolehlah rehat lama sikit. Tapi dalam kepala asyik fikir soal kerja semalam dan hari ni siapalah tolong tengokla kerja shida yang banyak tu huhuu. Esok dah mula kerja kena double kerja sebab nak cover kerja hari 2 hari MC. Tak sabar nak masuk kerja esok nak jumpa AH HONG birthday boy! :)
24 comments
moga akak cepat sembuh
ReplyDeleteby the way ubat betul ke nie.......colorful lagi
Assalamualaikum shida. alhamdullilah. makan ubat ikut time, senang nak sembuh. hehe. semoga cepat sihat dan cergas semula ya (",)
ReplyDeleteSekarang memang musim.. kita pon baru baik demam
ReplyDeletealhamdulillah..dah sembuh..
ReplyDeleteAlhamdulillah dah beransur pulih... eh betullah shida, ubat tu macam gula2... warna warni pula dia...
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah beransur pulih :)
ReplyDeleteAlhamdulillah Kak Shida ♥
ReplyDeleteubat tu meriah betul warna warni kan..suruh rajin makan ubat camtu kot..Alhamdulillahh shida baik dah..bolehlah meneruskan kerja semula kan :)
ReplyDeletecantiknya ubat! wane wani :)
ReplyDeletesmoga cepat sembuh ^__^
rehat rehhat !
ReplyDeleteerk ? byk ny ubat..
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh ya sis, Kiera pun sama demam . Tak larat tapi gagahkan juga buat kerja . huhu
ReplyDeleteSalam, hahaha byk lah demam manja shida oii~ tp apesal mcm serius sgguh, siap 7 jenis ubat, dan kena ambil injection? demam apakah itu, rse xmanje pun, hahaha...btw, nasib ubat tu colorful, kira seronok lah nak makan..even pahit..
ReplyDeletehaha sy pun jenis sng mkan ubat, tp klw jenis ubat besar gedabak tu mmg sy kasi pecah dulu tak pun bagi 2..haha
assalamualaikum shida...moga cepat2 sembuh yer..;)
ReplyDeletesmge cepat sembuh
ReplyDeletejge kesihatan ye shida
Bila dh slalu bt kje..tpikir kje je...takpe shida.rehat duli.nnt dh sihat bru blh kje dgn berdedikasi.hahaha
ReplyDeletesemoga sihat selalu
ReplyDeletealhamdulillah....
ReplyDeletemoga cepat sembuh ya shida..
ReplyDeleteget well soon kak shidaaaaaa >333
ReplyDelete<33
ReplyDeleteAlhamdulillah... Ubt wrna wni mcm gula2 dh...
ReplyDeleteyaa sekarang musim demam kak shida. dekat sabah nih lain macam sejuk nya. aku rasa ada ala ala korea dah. haha . btw semoga sembuh dengan cepat )
ReplyDeletebanyaknya ubat yg shida kena telan.
ReplyDeletesabar yer.
nak sihat kena la makan semua ubat tu. hehe.
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.