Minta Maaf sebab akan lama menyepi dan mohon berdoa untuk Mak
Assalamualaikum, peace upon you.
Pertama kali shida nak minta maaf sebab lama tak wujudkan entri personal disebabkan masalah-masalah yang tak dapat shida elakkan. Mulanya memang banyak yang shida nak draft tapi disebabkan pula kekangan masa shida seorang yang bekerja. Jadi membuatkan shida rasa tak ada masa dan letih sebab kali ni kerja pagi dan petang. Mak pula tak sihat jadi balik kerja memang akan jaga mak sepenuh masa.
Ditambah pula sekarang mak semakin tak berapa sihat. Mulanya demam-demam biasa tapi demam tu tak sembuh dan bertambah demam sehingga sekarang. Dah jumpa doktor dekat klinik berdekatan rumah pada hari rabu sebelum ni. Dengan harapan mak sembuh lah, tapi semakin hari semakin teruk demam mak sampai menggigil-gigil. Masuk hari ke 3 kami (shida dan family) tengok mak masih tak ok walaupun makan ubat doktor. Kami bawa mak dekat Pusat Rawatan Perubatan Urat Saraf Islam. Bila dah selesai buat rawatan sebenarnya dalam badan mak ada 'benda' part ni nanti shida story dekat korang ya!
Lepas buat rawatan mak tengok dah sembuh sikit so ustaz ada lah cerita sikit dan bagi kami beberapa nasihat. Sedikit kelegaan bila tengok mak kembali boleh berjalan sikit, makan dan berbual dengan kami semua. Esok pagi mak kembali panas dan demam, kami segera bawa mak ke Hospital Taiping tanpa fikir lanjut terus masuk wad kecemasan dan doktor dah cek badan mak, darah, air kencing dan lain-lain semua ok cuma badan mak ni panas sebab kurang air. Lepas doktor dah masukkan air dalam badan mak ok sikit dah kebah. Cuma mak ni kurang air jadi dia kerap panas.
Pada sabtu mak kena tahan tu shida memang tak kerja balik awal, ahad cuti jaga mak saja. lepas isyak mak mesti buat hal. Badan panas dan mula nak menggigil semula. Kami memang panik dan sedih tengok keadaan mak sekarang. Bila keadaan mak macam tu memang dia hanya terbaring tanpa makan dan berbuat apa. Suruh makan dia tak nak sebab tak lalu. Shida dan keluarga banyak kan berdoa minta pertolongan dari Allah swt.Bagi mak minum Air Yassin serta mandikan juga. Esoknya kami panggil lagi ustaz dari Pusat Rawatan tu, saudara mara dan kawan-kawan mak mula berkunjung ke rumah. Perasaan tu tuhan je yang tahu betapa sedihnya kami tengok mak bertarung dengan makhluk yang kami sendiri tak nampak tapi mak sedar kehadiran benda tu.
Ustaz kata minta bawa ke Darussyifa' mungkin boleh selesai masalah ni. Ustaz ada bagi mak kayu cendana di mana sebagai pengganti ketika ketiadaan ustaz.Ustaz tu ada la ajar bagaimana nak urut-urut kaki mak dengan kayu tu. Shida rasa mungkin benda ni bukan lawan dia. Now kami ikhtiar cari jalan untuk mak sembuh. Sentiasa berdoa sembahyang memohon pertolongan dan keampunan dariNYA. Semalam iaitu hari isnin malam makcik saudara shida (mak shida punya kakak sulung) datang untuk tolong mak sebab dia pandai juga berubat dia kata dia rasa juga apa yang mak rasa sekarang yang ini juga shida akan cerita kemudian ya. Alhamdulillah mak semakin sembuh cuma kami kena beringat tak boleh tinggal emak, selalu baca Al-Quran untuk emak, tawakal dan berserah kepada Allah swt kerana dia Maha Mengetahui.
Malam ni, kami berterusan baca Al-Quran, Surah Yassin dan sebagainya. Alhamdullah mak semakin pulih dan tidur juga lena. Hari mak dah boleh solat dah boleh makan dengan sempurna cuma kami jangan leka dengan kesembuhan mak, Terima kasih tak terhingga kepada kawan-kawan rapat mak, sahabat dan kawan-kawan shida juga yang mendoakan untuk Mak. Hanya Allah yang akan membalas segala budi baik dan doa korang semua. Mungkin ini adalah entri terakhir setakat ini. Tunggu mak sembuh sepenuhnya baru shida mula berbloging seperti biasa.
Terima kasih semua dan berharap mak akan sentiasa sembuh seperti biasa. Malam ini saat ini mak sedang tidur dan adik-adik sedang membaca Al-Quran untuk mak. Walau pun mak tidur shida yakin mak masih dengar dengan sempurna. Inshaa Allah dengan izin Allah swt semuanya akan selamat Amin. Kalau nak cerita memang banyak nak cerita tapi shida stop sini dulu. Ada masa terluang shida sambung ya :)
24 comments
Semoga mak kak shida cepat sembuh :)
ReplyDeleteTabah ye.
kesiannya dgn mak syida. tanggung kesakitan camtu. Yong harap mak syida cepat sembuh n semoga Ayida dan keluarga dikurniakan kesabaran n ketabahan yg tggi
ReplyDeleteBANYAKKAN BERSABAR YE KAK .. :'( SEDIH BILA BACE ENTRY NI .. HMM ..
ReplyDeleteDulukan mana yg penting ye shida...berblogging ni bila2 boleh...mak kita cuma ada satu je kan....
ReplyDeletenur doakan moga mak shida cepat sembuh..kalau ada masa, bawalah ke darul syifa tu...dan teruskan baca al-quran dan berdoa...insyaAllah dipermudahkan....
shida,pasanglah ayat rukyah. hari2 pasang pun tak apa.. shida boleh cari dekat youtube..kalau nak yg lengkap..kedai ustaz shaari de jual...sebelah ayam dinding taiping...rm10 atau rm15 klau xsilap...
cubalah, kita sama2 ikhtiar...
semoga ibunya berada dalam keadaan sihat sediakala.
ReplyDeleteSemoga Mak Kak Shida akan sembuh dan bertambah baik. =)
ReplyDeleteZH Blogger
Ya Allah shida... terkejut akak baca.. moga2 mak sihat akan sembuh sepenuhnya lps ni.. jaga mak baik2...
ReplyDeleteassalamualaikum shida...semoga mak Shida cepat sembuh yer...
ReplyDeletemohon kak shida tabah....
ReplyDeleteleeza doakan agar segalanya dipermudahkan.
Allahuakbar..
ReplyDeletemoga mak shida cpt smbuh.. dugaan..
moga mak shida cepat sembuh..:)
ReplyDeleteSabar ye akak. Ini semua ujian daripada Allah. Akak kena kuat hadapi semuanya. Tc your mom k.
ReplyDeleteMoga kesihatan mak shida makin sembuh dan baik baik je..Take care of your mom shida..be strong.Doa banyak² InshaAllah..Allah maha mendengar.
ReplyDeletemoga mak akk cepat smbuh...
ReplyDeletesemoga mak shida cepat sembuh noh..Bykan berdoa tau shida semua yg berlaku ni pasti ada hikmah..tahu sgt mcm mna shida rasa ..
ReplyDeletemohon akk tabah okay... biar blog ni jdi pekasam pun xpe, jnji akk jaga mak akk :) xpe.. rmai akn tunggu entry2 akk ;)
ReplyDeleteSmoga mak kak shida cpt sembuh..
ReplyDeletesemoga mak shida cepat sembuh dan dijauhkan aripada perkara2 yang tak baik
ReplyDeletesemoga mak shida cepat sembuh dan dijauhkan aripada perkara2 yang tak baik
ReplyDeleteByk2 bersabar dan semoga mak shida cepat sembuh....
ReplyDeletebesarnya dugaan emak shida dan keluarga. semoga Allah sentiasa melindungi emak shida.
ReplyDeleteKak mia doakan agar mak shida sembuh ya nanti. Kuatkan semangat dan jangan putus asa...
ReplyDeletehope mak shida segera sembuh yea.....
ReplyDeletesEMOGA MAK SHIDA KEMBALI SIHAT..DAN SIHAT-SIHAT SELALU
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.