Usiaku 26 tahun 3 hari | oh! isu kahwin la pula!!

by - 01:09:00

  Assalammualaikum, peace upon you.

Orang sambut birthday sehari saja masa date birthday kan, ok shida masuk hari ke tiga pun masih sambut lagi tau. Hah! betapa specialnya birthday shida pada usia 26 tahun ni. Apa yang shida maksudkan masih sambut kan bukan apa pun, sampai hari ni kawan-kawan, cikgu-cikgu, makcik pakcik masih lagi wish "selamat hari tua" kepada shida. Ya! terima kasih tak terhingga shida ucapkan yang dah wish banyak-banyak kali pun ada! itu kerja sidia! tiap kali call mesti panggil birthday girl walaupun dan 3 hari lepas birthday shida berlalu. Alah^^ segan la pula sebab yerlah dah jadi tua dari semua orang! orang lain bulan 10 11 12 baru birthday so masih muda dalam 9 10 bulan haihh^^ nasiblah dah nak keluar bulan Januari kan. Agaknya kalau mak tak tertahan nak beranak masa tu mesti shida lahir bulan 12 tahun 1986. Hebat juga mak heheee^^ terima kasih mak melahirkan saya kedunia ini :)
So, bila usia dah meningkat macam umur shida ni orang-orang tua akan mendoakan kepada kita, kesihatan yang baik betul tak? perjalanan hidup yang baik, betul tak? dan juga mendapat jodoh yang baik juga, itu wajib shida dengar dari setiap insan yang ucap pada shida. Bukan makcik-makcik saja, korang pun dan adik-adik pun dah pandai mendoakan perkara yang sama. Ermm..shida bersyukur sebab masih ada yang peduli tentang jodoh shida ni. Biasalah bila wanita yang seusia shida ni bila belum kahwin biasa orang tuanya sedikit risau lah, kot lah terjadinya "anak dara tua" kan, Tapi bagi shida zaman sekarang ni mungkin zaman ramai remaja kahwin awal kan, tapi tapi salah ke kahwin lambat? asyik kahwin awal, kahwin muda je kan, sekali sekala tu kita dengar pula zaman kahwin lambat! hahaaa^^ shida lah tu. Insyallah kami merancang yang menentukan yang diatas. Ada shida dan dia merancang tapi banyak perkara yang kami masih belum kuat untuk membuat keputusan berkahwin. sabar~! sabar itu kan separuh dari iman kita :)
Apa-apa yang penting shida mungkin tergolong dalam "anak dara tua" tapi usia saja tua dalaman muda lagi heheeee :p Terima kasih kepada semua yang mendoakan shida semoga cepat kahwin! Kalau semua sudah selesai dan dua-dua belah pihak sudah merestui ada lah jemputan khas dari shida untuk korang. Cuma korang doakan je lah supaya jangan lama sangat kan heheee :) Untuk Hadiah sempena hari jadi shida rasa tak ada kot~! entah dia tu suka suprises kan so tunggu dan lihat saja lah! kalau ada, adalah kalau tak ada tu buat-buat tak tau jelah kan, mesti ada yang cakap nanti "umur-umur camni pun nak main hadiah-hadiah lagi ke?" heheee^^ umur je tua orangnya still young ok :) ok lah shida nak BW kerumah korang :)




You May Also Like

41 comments

  1. umur je tua kak..muka mcm umur 18..hehee..In Shaa Allah kak..kalo dah cukup sume jgn dilambat2kn..=)..alwys pray for u

    ReplyDelete
  2. 26thn,ada BF..kira oke yunk..eca nak masuk 24thn BF pun xde..sob sob sob =.="

    ReplyDelete
  3. insyallah mesti ada restu dan jdohnya shida.. :)

    ReplyDelete
  4. hehe.. hapy birthday.. ^_^. semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur

    ReplyDelete
  5. moga cepat kawen ye sida ^_^

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir shida... smoga pjg umur, murah rezeki dan sihat sokmo...hihihi...

    ReplyDelete
  7. sy plak 26 tahun 15 hari..hehe..kalo ikut bulan la..ikut tahun 27 daa

    ReplyDelete
  8. ehem2.. cepat2 kahwin ye.. hehe..

    ReplyDelete
  9. soalan cmtu dah normal buat kt2 ni.kih2..

    ReplyDelete
  10. happy belated birthday shida..semoga cepat bertemu jodoh..takde lah tua..muda lgilah

    ReplyDelete
  11. Salam.. Heppy belated birthday shida... moga di pnjangkan umo n dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan... insya Allah... :)

    ReplyDelete
  12. klu ayut bkn sehari 2 hari 3 hari tp sebulan..hahahaha..cume tahun lpas je mcm tak terasa mane...apa pon semoga dimurahkan rezeki slalu dan dipermudahkan perjalanan hidupnya..amin.. :)

    ReplyDelete
  13. Biasalah manusia takkan puas dan behenti dari bertanya..

    Umo 26 kalau ikutkan masih muda, jangan risau ye :)

    MJ kawen di usia 26, kini nak masuk 29 masih belum ada rezeki baby, sama jugak orang tetap bertanya :D

    ReplyDelete
  14. Happy birthdayyyyy kak shida.. Hehe

    ReplyDelete
  15. mulut orang shida..mane penah benti..ms bujang sibuk tanya bile nk kawen..ms dh kawen, sibuk tanya bile nk ade baby..bile dh ade ank sorang, sibuk pulak tanya bila nk tambah lagi??haiiiiii..jgn tanye bile nk cerai sudah laa..kang ade gak yg kena pelempang nt,,

    ReplyDelete
  16. normallahkan..itulah namanya manusia..

    bila dah kwin, mesti akan tnya anak...

    apapun, kita doakan yg terbaik.. :)

    ReplyDelete
  17. aik baru 26 ke?

    sape kata 26 tua?baru nak andartu la hahaha :D

    ReplyDelete
  18. Huhu, happy birthday kak! :)

    ReplyDelete
  19. Ade jodoh tak ke mana , hehehe XD ..semoga dipercepatkan untuk ketemu jodoh yaaah kak ,kihkih

    ReplyDelete
  20. Eh, Shida pun bufday bulan 1 gak ea? Samalah kita.. MM nyer bufday pertengahan bulan ni.. Heheh.. =)
    Btwm happy belated bufday Shida! ^^,

    ReplyDelete
  21. 26 tu muda lagi. yang penting hati sentiasa muda..hehehe

    ReplyDelete
  22. Xpelah Shida. 26 tu masih muda lg. Cuma kalau dh ada teman tu jgn la lambat2.. Org kata nikmat tau kalau kahwin ni :) hehehe kemain je kita ckp padahal swndiri pun masih tdo sorg2 lagi. Kehkehkeh :)

    ReplyDelete
  23. Salam.

    Rupanya kita sebaya ya shida..beza bulan..tahun yg sama.. ^_^

    Takpa..usia tu hanya angka.. apapun, selamat ulangtahun kelahiran buat shida.. Lana doakan shida dipermudahkan urusan jodoh.. bak kata mak lana.. biar lambat, yg penting, jgn kita terikut2 org. Bila rasa dah bersedia, apa lagi, kahwin je! hehehehe

    Dan, moga dilimpahkan kejayaan ya dear dalam semua yg shida buat.. ^_^

    ReplyDelete
  24. hee semoga dipermudahkan segala urusannya, amin. :)

    ReplyDelete
  25. Belum anak dara tua lagi. leeza plan nk kahwin pun 26 atau 27 thn nnt.

    ReplyDelete
  26. Belum anak dara tua lagi. leeza plan nk kahwin pun 26 atau 27 thn nnt.

    ReplyDelete
  27. Alaaaa biasa la tu Shida..x payah layan sangat la ngan kata2 org tu

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum shida...setiap hari besday kita kan seronok...:)

    ReplyDelete
  29. Happy birthday shida...akak pun nk tny bile nk kawen...hahahaha

    ReplyDelete
  30. muda lagi skg trend kawen awal sbb terikut2...kan huhuhu~!

    ReplyDelete
  31. hapi besday dear..ohya n3 ttg pmberian tuh xleh nk up lagi da sis coz kabel hp wat hal..nk amek kt pesbuk lak opis dah blok fb..itu y tgendala tuh..lmbt sikit dq up ya

    ReplyDelete
  32. Happy belated birthday shida. hehehe.

    ReplyDelete
  33. SELAMAT HARI TUA SHIDA (again..hahaha)..26 THN?STILL MUDA LAGI TU..KALAU DH 30 TP LOM KAWEN BARULAH ANAK DARA TUA..OOPSS

    ReplyDelete
  34. ala yunkk.. relax la.. sampai masa ada jodoh Allah akan gerakkan hati di percepatkan.. moga di permudahkan yer..

    ReplyDelete
  35. Umur jer yg meningkat..yg penting hati tetap muda.. :)

    Akak umur 28 baru kawin.. :)

    ReplyDelete
  36. besa la tu shida org xkan puas brhenti tanya hehehe...jwb jer smpai jodoh nanti kawen la hihihihi

    ReplyDelete
  37. aiak dulu, dah nak msk 27 tahun br kawen, hahha

    ReplyDelete
  38. eh lupa lak.. Happy belated bzday shida ... moga shida dipercepatkan jodoh! :-)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.