Segmen Khas : Islam Itu Indah

by - 19:55:00

   Assalamualaikum, peace upon you.

Segmen Khas Islam Itu Indah ini anjuran dari Blogger Fizgraphic. Bagi yang tak kenal lagi blogger hebat ni boleh terjah beliau. Alang-alang dah terjah join sekali segmen ni. Segmen jarang orang buat tau "menguji kewarasan kita" katanya. Baik! kita langsai dulu soalan-soalan yang diberi oleh Apit. Thanks juga Blogger Emas Putih tag shida untuk segmen ini.

1. Senaraikan Rukun Islam
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

2. Senaraikan Rukun Iman
 1. Beriman kepada Allah s.w.t
2. Beriman kepada para malaikat.
3. Beriman kepada kitab-kitab suci.
4. Beriman kepada para Rasul.
5. Beriman kepada Hari Akhirat.
6. Beriman kepada Qada' dan Qadar.

3. Bilakah Al-Quran diturunkan
Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.
  • Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M) berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal.
  • Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M) berdasarkan ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.
sumber : sini 
 
4. Berapakah ayat dalam Al-Quran 
 6236 
sumber : sini

5. Berapakah Surah-surah dalam Al-Quran
jumlah surah dalam Al-Quran ada 114 surah semuanya
sumber : sini 

6. Surah apakah yang paling teragung dalam Al-Quran
bagi shida semua surah dalam Al-Quran adalah yang teragung kerana kitab Al-Quran adalah kitab yang teragung didunia, setiap surah dalam Al-Quran ada kelebihan surah masing-masing dan kebaikan jika kita membaca dan menghafal surah tersebut tapi bagi shida surah yang secara umumnya biasa kita selalu dengar adalah surah Al-Fatihah. Jika ada keraikan atau majlis tak kira dalam situasi apa pun surah ini menjadi disetiap pembuka atau penutup majlis atau tak kira dalam apa jua situasi majlis. 
(idea dan pendapat sendiri)


Jom join kawan-kawan, klik banner tau! :)
shida tag : blogger Mialiana dan Santai Leeza



You May Also Like

15 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.