Rezeki Halal dan Haram part 1 | Ustaz Don Daniyal

by - 00:49:00

   Assalammualaikum, peace upon you.

Shida tertarik tersentuh dengan kata-kata Ustaz Don Daniyal mengenai petikan yang shida ambil dari FB ni, Kalau korang baca mesti korang akan rasa apa yang Ustaz Don katakan itu adalah benar dan sering berlaku disekeliling kita, tak kira lah berlaku atas diri sendiri atau orang lain. Tapi bagi shida sendiri pun shida banyak dengar tentang perkara seperti ini. Gaji besar tapi tak pernah-pernah cukup salah satu sebab duit tu tak berkat dan haram bila kita buat kerja gaji seperti gaji murah kira macam makan gaji buta. Ada juga yang tak hulur langsung pada orang tuanya. sekali-sekali hulurlah sama, berkat tau bagi gaji kita pada orang tua. Walau kadang-kadang tu orang tua kita tak minta tapi kita sebagai anak kena tahu tanggungjawab kita kepada orang tua yang melahirkan kita, menjaga kita sehingga seperti sekarang.
Ada juga shida dengar selalunya orang-orang kampung yang hidup susah, dapat bela anak dia sampai masuk Universiti kerana apa? samalah dia gaji rendah tapi buat kerja banyak dan berat seperti orang gaji mahal dan banyak. Dia bekerja lebih jadi Allah swt membalas dengan seorang anak yang bakal menjaga dia kelak dengan baik :) dalam kawasan tempat shida ni banyak shida dengar macam tu. Duduk kampung dia jaga anak dia bela sampai masuk universiti sekarang anak dah berjaya. Now anak dia pula jaga ayah mak dia, hidup dah senang sikit anak dapat kerja baik. Ini kisah benar yang shida share dengan korang :)

 sama-sama kita muhasabah diri untuk menjadi lebih baik




You May Also Like

27 comments

  1. dah jadi ibu ayah nanti kita kena fikir segala tindakan kita akan beri kesan kepada anak-anak. contoh beri anak makan duit kotor. mesti perangai anak pun tak berapa nak cantik

    ReplyDelete
  2. betul kata shida......
    kalau kita ikhlas berkerja.... gaji yg kecil pun cukup utk sebulan..... rezeki sentiasa ada.... Allah memudahkan.... jgn takut utk bersedekah atau menderma.... segalanya akan Berlipat nanti rezeki dari-Nya

    ReplyDelete
  3. semoga sama2 tgolong dlm klangan ank yg berbakti pada ibu bapa :)

    ReplyDelete
  4. itu lah kan kak shida.. semoga kerja yang kita lakukan di berkati oleh Nya..

    ReplyDelete
  5. sokong 100%!!!! jangan malas...buat lah yang terbaik.Kerja dgn ikhlas!!!

    ReplyDelete
  6. Sgt setuju...
    Bekerjalah dengan seikhlasnye..moga rezeki yg kita peroleh diberkati olehNya...

    ReplyDelete
  7. kdg2 aku skodeng gak ayat ustaz don ni byk gak yg guna tau..nice sharing shida!

    ReplyDelete
  8. beringat tuk alia..alia xnk hampakn mak ayah :)
    thanks kak shida :)

    ReplyDelete
  9. betul kata ustaz don tu..sgt bermanfaat..

    ReplyDelete
  10. setuju sangat! moga hasil kita diberkati olehNYA...

    bersungguh2 dalam mencari rezeki.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  11. sokong 100%.. tu sebab biarlah gaji kita sikit janji berkat dan ikhlas..dan duit yg ada sentiasa mencukupi.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  12. dkna pon setuju dengan kata-kata nie :)

    ReplyDelete
  13. yang penting sekali keikhlasan.... jangan terlalu berkira sangat....huhuhuhu

    ReplyDelete
  14. nice sharing.. btul tu, kita bole rsa rezki tu berkat atau x dgn apa yg berlaku dlm hidup kita setiap hari ^^

    ReplyDelete
  15. kata2 nya memberi seribu erti.... setuju ngn dia...

    ReplyDelete
  16. KERJA KNE LAH IKHLAS ... jangan nak hancurkan bos pulakkk .. kan3 . haha

    ReplyDelete
  17. a'aa betoi tu.. setuju dgn kata2 ustaz don tu...

    ReplyDelete
  18. setuju gan Ustaz Don...kata2nya penuh makna...

    ReplyDelete
  19. Setuju.. Nice sharing! :)

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum shida.

    Iya..apa shida huraikan kat bawah..semua betul..

    Ramai orang bekerja dengan niat kosong..mengharapkan gaji datang,masuk tiap2 bulan.. sebab tu kita dalam hidup,mesti berdepan sorg dua kenalan yg tau hidup merungut,mengeluh dgn kerjanya..hati tu, tak ikhlas n redha sepenuhnya dalam bekerja.

    Tu satu hal..satu lgi..keja sambil lewa.. sikap buat kerja melepas batuk ditangga..dengan alasan, "alah..org lain pun buat benda sama"

    Kerja tu lebih dari gaji,dan hasil. Ia libatkan amanah,tanggungjawab,jujur,macam2 lah.. memang susah mula2..tpi manisnya pasti ada hujungnya nanti..

    ReplyDelete
  21. ada betul jugak tu kata-kata ini..sedikit menyentuh :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.