Apa tujuan korang berblog sebenarnya?? | tips berbloging!

by - 11:31:00

    Assalamualaikum, peace upon you.

selamat pagi salam satu blogger :) rasa pelik je bila update blog seawal jam 9:00 am memikir memerah otak nak update apa. seperti biasa sumber shida yang utama biasanya dari keadaan sekeliling lah atau pun sekeliling wall di FACEBOOK. korang ada FB? tipu lah kalau tak ada. Fenomena berfacebook sekarang dah menjadi top10 dalam gejala atau aktiviti sosial harian. Jangan kata korang,shida sendiri pun kaki FB. so dengan dua mata ciptaan ilahi ni shida suka baca news feed dari kawan-kawan FB serta fanpage yang shida like. Tiba-tiba tertarik nak baca blog sorang blogger ni mengenai isu Rumah Wardina kena samun TAPI ceritanya pelik dan aneh dikatakan blogger tersebut secara ringkasnya kepada wardian "berlakon" dan mencetus satu kontroversi and lastly bila dah menjadi isu media Wardina sendiri meminta blogger tersebut berdepan dengannya sehinggalah kenyataan dibuat dalam entri blogger tersebut meminta maaf pada wardina dan suaminya. Paling tak syok baca berbalahan antara blogger dikomen sungguh-sungguh menyedihkan :(

itu yang pertama shida baca, yang kedua blogger ni pula menulis tentang politik. Blognya penuh dengan pengisian tentang politik UMNO PAS DAP dan sekutu dengannya. Shida baca beberapa artikel yang ditulis sepertinya dia sangat-sangat yakin dengan penulisan beliau. Rasa apa yang diperkatakan dalam blog tersebut adalah 100% betul! fuhh!! blogger ni berani buat berani tanggung nampak gayanya. Macam-macam ragam shida tengok blogger-blogger diluar sana. macam shida sendiri pun masih "bertatih" .

Dalam beberapa cerita yang shida share dengan korang ni cuma shida hairanlah. Apa tujuan sebenar kita berblog? kalau bagi shida sendiri PASTI 100% tidak menulis tentang keaiban seseorang, isu-isu POLITIK yang membangkitkan kemarahan sesetengah pihak. Shida suka menulis tentang perihal-perihal dunia yang boleh dijadikan ikhtibar dan panduan, berkongsi pengalaman dan kemahiran untuk semua. Isu-isu semasa pun ada tapi tidak lah sehingga membawa kekecohan. Bukan tak KENTAL! tapi nak berilmu dengan bersih. Orang kata rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Terpulang pada pandangan masing-masing. Shida lebih suka berbloging dalam keadaan happy dan sihat!
shida share lah dengan korang beberapa TIPS BLOGING untuk korang dan shida sendiri pelajari, ok jom sama-sama belajar :)

Paling-paling utama elakkan dari minda korang nak bloging kerana ingin menjatuhkan antara satu sama lain. Mengumpat mengata entah benda atau perkara itu sahih atau tidak. Buanglah rasa hasad dengki korang tu kerana berbloging kerana itu memang tak membawa korang kepada blogger yang berjaya dan bersih! atau memang kosonglah! tapi lagi membawa korang dibenci pembaca adalah! Bila dah dicemuh dan dimaki apa yang korang dapat?? NOTHING! so kurang-kurangkan lah kontroversi dalam berblog. Tingkatkan kualiti blog itu lebih penting kurangkan kontroversi melainkan blog korang memang blog kontroversi tak boleh den nak cakap apa :p
Bloginglah dengan selamat dan telus supaya korang disukai dan senang didekati. Bila korang seorang yang friendly pasti ramai kawan, semua orang pun pasti nak dekat. Boleh juga menjadi sebahagian dari tujuan korang berbloging untuk mencari kenalan/kawan  yang boleh share with each other. Shida dah ramai kawan alam maya atau kawan-kawan bloging yang sempoi dan sangat-sangat baik, thanks korang :)
Gaya penulisan pastikan korang menitik beratkan dalam entri. Sebab tujuan utama pengunjung datang ke blog adalah melihat entri, apa ada dalam entri. Kalau menarik untuk dibaca pasti tertarik juga untuk meninggalkan komen pada entri tersebut. Kalau setiap entri korang mempunyai lebih dari 1 komen percayalah blog korang sebenarnya ada pembaca. Ini juga satu tarikan pada pembaca membaca artikel-artikel yang menarik seperti INFO TIPS HAL ISU SEMASA HIBURAN SUKAN TUTORIAL dan sebagainya. Ingat! penggunaan long form atau ayat skema adalah terbaik untuk penulisan kita.
Elakkan dari menjadi copycat sedunia. Bloginglah dan membuat entri dengan gaya penulisan tersendiri tak perlu copy bulat-bulat dan katakan ia hasil dari penulisan korang. Tulis entri kena jujur sebab pembaca sendiri boleh menilai tahap "original" entri korang. beb!!! nak copy boleh tapi ubah lah part-part yang perlu serta berikan credit kepada sumber korang ok :) terutama entri TUTORIAL paling banyak blogger copycat ..hmmm..
Mengejar populariti itu memang ada dalam setiap blogger. tipulah nak kata tak ada kan!! Semua orang ada cita-cita dan matlamat dalam arena bloging Ada yang nak jadi macam orang ni, macam orang tu. bagi shida lebih baik menunggu populariti datang kepada kita daripada mengejar. Menunggu dan mengejar ENDING dia tak sama, dah banyak contoh terdekat yang nyata ada disekeliling kita untuk dijadikan contoh. Tak percaya?? sila sila silalah buat :)
Part ni shida suka, biasa blogger otai atau blogger yang kategori dalam "temporarily popular" ni biasanya ada "EKP" apa maksudnya tu? hehee maksudnya 'eksyen' 'kerek' 'poyo' . Tak salah kalau korang otai dan femes korang ada "ekp" tapi biarlah bertempat. Kadang-kadang yang tak otai dan femes pun ada "ekp" ini perkara biasa bagi shida "ekp" tak bertempat namanya. Shida tahu tak semua blogger otai dan femes ni sombong dan "ekp" dan mereka juga lebih berhati-hati dalam pergaulan sebab ada yang nak bergaul "ada udang disebalik batu" faham kan?? orang kata "diam-diam ubi berisi" paham tak? hehee..faham-faham lah sendiri. Jadikan perkataan OTAI itu adalah satu simbol yang baik. Shida suka blogger otai dan femes membantu dalam dunia bloging, menegur dengan berhemah jika pasti itu adalah kesalahan. Tambahan pula yang jenis berpuak-puak shida sangat-sangat pantang!! tak suka blogger yang berpuak-puak. shida sure korang juga tak suka kan? jadi elak-elakkan, kita sebagai blogger lebih baik kalau bersatu dan ada nilai ingin membantu antara satu sama lain. tak gitu?
Ok part ni memang agak sensitif sikit. sebab shida sendiri juga berbloging sambil menjana pendapatan sampingan. TAPI tak boleh lah terlalu taksub ok sampai buka blog penuh dengan iklan saja. Lagi satu kalau buka blog mesti keluar iklan dulu, tak salah pun tapi biarlah berpada-pada kita sebagai blogger haruslah mesra pengguna jangan sampai tak ada siapa yang nak masuk blog kita tu. Rezeki kita masing-masing tak sama dengan orang lain. Orang kata rezeki masing-masing jadi setiap rezeki yang dikurniakan bersyukur ok. Terlalu mengejar pun tak sedap juga kita dengar. Mengejar yang yang halal itu lebih penting ..AMIN..
Apa tujuan korang berblog sebenarnya?? sila-sila share pada komen ya :) ok tujuan berblog pasti lah nak berjaya dalam dunia bloging. Maksud "BERJAYA" bukan lah berjaya sehingga dinobatkan dari mana-mana pihak "anda adalah yang terbaik dan berjaya". atau mendapat segulung ijazah sarjana muda "blogger terbaik" atau pengikhtirafan dari mana-mana pihak. Kalau dapat Alhamdulillah satu misi dah berjaya tapi sebenarnya berjaya dalam bloging adalah kepuasan yang kita sendiri dapat dalam bloging. Macam shida sendiri "kepuasan" itu adalah pembaca pengunjung pengomen pengikut dan macam-macam 'pe' lagi yang ada dalam blog Dunia sebenar Shida ni dan dapat kenal pula dengan kawan-kawan yang spoting (susah senang bersama) dan sumber inspirasi membuatkan shida lebih bersemangat untuk terus menaip dan berbloging hingga ke penghujung hari. Terima kasih kepada semua kerana membawa shida hingga ke tahap sekarang! dari sifar ke sepuluh. Terima kasih! love u all <3

satu page penuh entri kali ini sebab terlalu panjang ngam-ngam satu page, sorry ^_^ kalau nak faham cuba baca dari awal hingga penghabisan entri! pasti faham ceritanya bukan sengaja nak membebel :) sekadar perkongsian bersama, terima kasih ~

 entri ini juga hasil dari idea shida sendiri jika ada kesalahan mohon tunjuk ajar dan juga tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang sudah tiada. peace ^_^



You May Also Like

26 comments

  1. wahh! blogger otai kasi tips! gila lah! :) tabik-tabikkkkkkkkk!

    ReplyDelete
  2. yang part last tu betul.. student.. nak cari duit lebih.. sambil menyelam sambil minum air..

    ReplyDelete
  3. tips yang bagus.Semoga mereka dapat manfaat dari entry ini.Good job shida.^__^.Nice to know you ^o^

    ReplyDelete
  4. phat selalu nya tulis apa yang phat nak tulis dan copy jika sesuatu cerita tu bermanfaat dan share ..tp kena ada etika la bial nk copy2 sila jgn lupa kan tuan punya..link kan la ke blog mereka

    ReplyDelete
  5. mula2 tjuan OdahOne berblog ialah just sbgi diari tulis tntg apa yg kami berdua buat...just private tak open pd public, yelah diari takkn nk bg org baca...pastu tukar status diari jadi ssuatu yg lebih universal semua org bleh share & baca...maka bermulalh penulisn yg merapu2 smbil dselitkn dgn unsur2 maklumt & nasiht utk diri sendiri & org lain..naik syok pulak bila kita wt cite org dtg baca & komen...skrg dh ditmbh pulak dgn iklan2 & blogshop...dgn itu bermulalh empayar berblog utk suka2 & tmbh income...hoho

    ReplyDelete
  6. nice post sida :) sama2 kita bljar kan sida..lalallalaa~

    ReplyDelete
  7. wahh tip best ni. gigi ciri2 yg ne ye. hehe

    ReplyDelete
  8. perkongsian yang bergun shida..
    sama2 muhasabah diri lah kirannya kan..
    jangan kita 'EKP' kan..
    good2..nice entry..like!

    ReplyDelete
  9. Betul tu shida! iqa sokong..nice entry nie :)

    ReplyDelete
  10. BGS ENTRI NI SHIDA..BYK PENGAJARAN YG KITA BOLEH DPT..

    KAK BUI DULU MULA2 BUKAK BLOG SEBAB NAK JUAL PRELOVED TP DH LAMA2,TIMBUL MINAT NAK MENULIS..KDG2 PENULISAN COPY JUGAK DR ORG,KDG2 CERITA SEHARIAN BUI DAN FAMILY..KIRA MCM BLOG ROJAK LAH

    KAK BUI PALING TAK SUKA BLOG YG ADA UNSUR POLITIK..

    ReplyDelete
  11. Panjang entri kali ne..
    Hehehhee.. byak info2 mnrik dan hot kt sini.. Part blog otai saya suka...

    p/s : kdang2 terasa jugak dengan diorang.. Blgak nk mampus... last2 fkir.. biarlah dia dgn dunianya..

    part copycat tu pon suka gak.. ada jugak orang cm tu.. Hadoi=_="

    ReplyDelete
  12. Lupa pulak pasal politik..

    i hate politik..
    xtau sal apa. Tmabah2 dkat group FB.
    ayooo... bdak2 yang xcukup umur pon msok cmpor.. xsdar diri.. PMR + SPM pon xlpas lagi.. ada hati nk berpolitik.. Hadoi=_="

    ReplyDelete
  13. yezza..shida dah bagi tips! sgt berguna yang! terbaik!

    ReplyDelete
  14. tips yg berguna...
    berbloging seikhlas yg mgkin...ehhehhehe
    panjang bebeno entri kali ini..hehehhe

    ReplyDelete
  15. nice en3 shida.. sy fokus hepi blogging & no copycat, tu jaa ^^

    ReplyDelete
  16. Nice tips shida..like..
    Berbloglah secara sihat..^_^

    ReplyDelete
  17. tips berguna nih...hehhe..tQ.. pEace Yaw

    ReplyDelete
  18. skarang tujuan zuan blog adalah nak kekalkn hubungan baik dengan blogger2 lain.. :)

    ReplyDelete
  19. setuju yang copy paste tu. kalau boleh buat entry dgn gaya tersendiri kan?

    ReplyDelete
  20. setuju dengan Shida :)
    lagi2 semangat bila kawan2 turut support sama.

    ReplyDelete
  21. good tips dear! nurul blogging utk isi masa lapang dan suke bace blog orang.. hihi

    ReplyDelete
  22. WAH .. DPAT TIPS .. HEHE .. MEKASIH SHIDA ..

    ReplyDelete
  23. yeah..betul tu blogging secara hepi dan sihat.. =) dan byk tip berguna zaza dapat..terima kasih =)

    ReplyDelete
  24. ena berblog sebab nak kenal apa itu erti kehidupan, melihat ragam2 manusia dan menerokai bnda yang baru

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.