kekalahan Lee Chong Wei buat shida bertambah demam+selsema

by - 20:49:00

Assalamualaikum, peace upon you.
dah dua hari shida demam + selsema tambahan pula tengok badminton semalam agak kecewa Datuk Lee Chong Wei gagal dan kalah lagi sekali bertemu dengan Lin Dan (China) 2-1 tapi walau apa pun shida sebagai penyokong negara tidak akan putus asa sentiasa menyokong pasukan-pasukan negara dalam arena sukan apa sekali pun. Tahniah juga buat Datuk Lee Chong Wei akan menamat zaman bujangnya tak lama lagi. Kita tunggu saja majlisnya nanti mesti meriah dengan bulu tangkis hehe^^
bukan kita saja merasa kesedihan, berat lagi bahu yang dipikul oleh Datuk Lee Chong Wei kita. Bengkak mata dia huhu^^ tahan menangis tu! Raut wajah Datuk Lee Chong Wei memang jelas nampak sangat rasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat membawa pingat Emas untuk Negara Malaysia sempena Ulang tahun Kemerdekaan Negara kita. Apa-apa pun tahniah sekali lagi buat Datuk Lee Chong Wei. Tahniah!
selepas kekalahan Datuk Lee Chong Wei shida tunggu untuk tengok perlawanan team shida Manchester United dah 2tahun shida follow team ni. Walau tak berapa sangat tahu tentang bola tapi minat tu masih ada hehe^^ nak tanya kat orang lelaki tak salah kan shida minat bola juga?? pelik ke?? hehe^^ terubat juga sedih bila team MU menang semalam lawan team West Bromwish 2-1, penjaring gol yang tak asing lagi bagi team MU Rooney dan juga Ashley Young pemain baru team MU. Tahniah MU!
 
lepas habis tu shida makan ubat terus tidur. Esoknya makin menjadi-jadi pula sakitnya. Ni semua gara-gara tak tidur semalaman masa hari sabtu direct tengok tv dari bola ke cerita seram terus tengok badminton. huhu^^ siapa yang ada perangai macam shida?? sila lapor diri diruangan komen huhu^^  selamat membaca semua. love >.<

kemungkinan besar 2 3 hari atau seminggu ikut kesihatan shida ni mungkin tak online dan blogwalking. harap semua doakan shida cepat sembuh dan boleh seperti dulu blogwalking bersama-sama kan. bagi yang follow dan singgah tak jemu-jemu tu terima kasih sangat-sangat! love u all!







You May Also Like

21 comments

  1. aduhai dear..sampai demam plak dia..shida,semoga cpat sihat:) jangan lupa makan ubat tau

    ReplyDelete
  2. chong wei tetap di ati sy...
    hoho...
    tp psal MU tu tak kesah sgt...
    msih sokong harimau malaya...
    aceceh!!

    ReplyDelete
  3. la shida pun dah demam ekstra selsema plak..parah tuh..cepat2 sembuh tau jangan sampai batuk2 plak huhu

    syuk dah kena minggu pertama bulan ramadhan ari tuh huhu..perit tekak...

    emm nak wat camner xde rezeki untuk datuk lee chong wei..mental lin dan lagi power..

    yeah!!! man utd menang..;)..ashley young rajin gila gi create peluang untuk team manutd hehe..glory2 man utd

    ReplyDelete
  4. alahaiiiiii jgn la sampai demam teruk, saba ye.tak de rezki lagi.

    ReplyDelete
  5. agak sedih gak chong wei kalah tapi nasib baik gak man u mng...huhu...

    ReplyDelete
  6. sabar la ye... semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  7. uit kak shida pon xsehat kew?sme la gan boan....asik2 selsema jew

    ReplyDelete
  8. oic, smoga shida cpat sembuh ok ^^

    ReplyDelete
  9. Xde rezeki LCW..tp apaupn tetap bangga dgn dia..
    moga cepat sembuh ye shida..

    ReplyDelete
  10. hahaha..ganas..xtido lgsg layan tv no..
    hmm bnykkan rehat naa..

    ReplyDelete
  11. tq shida create blog tuk aku,esok ajar aku lak..hope cepat sembuh. aku n rysha nk tdo ni :)

    ReplyDelete
  12. frust kan dia tak menang. nak wat camne, takde rezeki dia this time.
    get well soon ok dear:)

    ReplyDelete
  13. naseb baik MU menangkn xlh frust sgt bila tgk LCW tersungkur lg dgn lin dan...relax shida mkn ubt & rehat ckup2 bg recover dulu baru bleh BW dgn aman

    ReplyDelete
  14. nama kite samalah..shida..
    he3..
    salam perkenalan..
    shida pon kiciwa Abg Chong wei kalah aritu...huk3...
    tp shida ttp syg beliau...owwww..~~~

    ReplyDelete
  15. huhuhu tak pe lah shida, mungkin ini bukan rezeki dia.. sama2 kita doakan kaan datang yek :) get well soon :)

    ReplyDelete
  16. banyakkan berehat ye shida..:)

    ReplyDelete
  17. +Cool,
    Demam tu Cool dy nak uji tahap ketahanan badan Cida+ :P
    Semoga Cepat Sembuh.Heee.Just Joke.

    ReplyDelete
  18. semoga cepat sembuh..sedih jgk chong wei kalah..tapi man utd menang..glory glory man utd..:)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.