Selamat Hari Guru 2011

by - 23:44:00

Assalammualaikum, peace upon you.
sorry la semua entri ini shida lewat publish disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan pagi tadi. rasanya masih sempat lagi untuk shida publish. ah! tak kira nak juga publish! topik hari ini memang hangat dan panas sebabnya seluruh malaysia meraikan hari tersebut 16 Mei 2011 iaitu "Hari Guru Semalaysia" bila cakap soal "Hari Guru" shida teringat zaman-zaman masa shida sekolah dulu. Sambutan hari guru yang paling meriah sekali pada tahun 2004. memang kenangan itu masih terpahat dalam kepala dan hati shida.

Dulu shida sekolah di Sek Men Keb Raja Perempuan Ipoh disitu lah shida menimba ilmu selama 6tahun disana. Guru-guru yang tidak pernah putus asa mengajar kami sehingga berjaya. tapi kalau nak ikutkan dulu shida belajar main-main sampai kena ketuk dengan cikgu baru sedar huhu^^ dari tingkatan satu sampai tingkatan lima shida memang pegang jawatan ketua kelas dan ketua rumah sukan hehee^^ pada tahun 2004 shida dapat gelaran Olahragawati tahun 2004 itu paling-paling shida bangga sekali dalam sejarah persekolahan . shida memang aktif dulu kalau bersukan. semua jenis sukan shida sapu habis. Ini semua kerana seorang guru yang selalu membimbing shida dari budak yang pemalu jadi peramah dan kuat lari hahaa^^ dia adalah Miss Lam Mei Ling (guru cina,guru pjk dan guru segala guru bagi shida) tengok sahaja dia cina tapi fasih berbahasa melayu . Kalau sembang sekali tak nampak macam cina pun.

Guru kedua Puan Nor Akmal, cikgu ni baru sahaja menjadi puan tak silap dah 3tahun rasanya. Masa zaman shida sekolah dia masih bujang lagi tambah comel orangnya. Guru yang tak pernah letih bagi dorongan pada shida. Mengajar shida subjek Bahasa Inggeris. Kalau kelas BI shida 2jam shida duduk dalam kelas cuma setengah jam sahaja. 1jam setengah lagi lepak dekat toilet huhuu^^ itu lah shida dulu tapi cikgu BI shida tak pernah marah dan mengamuk dia lagi suruh bawa buku BI dalam toilet tu hehee^^ sekarang baru shida tahu betapa pentingnya pelajaran bahasa inggeris yang cikgu selalu pesan pada shida.

apa-apa pun yang berlaku dulu shida ambil ikhtibar dan pengajaran untuk kehidupan shida. sehingga sekarang shida masih lagi berhubung dengan mereka tadi pagi dah hantar sms "happy teacher day" alhamdulillah cikgu-cikgu tersebut masih ingat shida yang nakal ni hehee^^ kepada semua guru-guru atau pendidik dan pengajar shida ucapkan "Selamat Hari Guru" blog tutorial yang ada dalam blogspot ini pun layak menerima ucapan hari guru ini sebab bagi shida mereka juga tenaga pengajar yang sangat hebat dan harus diberi penghormatan juga. Bukan senang nak buat tutorial. shida sendiri ada tutorial tahu macam mana rasanya. ok akhir kata "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" . Selamat membaca^^





You May Also Like

22 comments

  1. jasa guru tidak ternilai..nakal tidak bererti akan gagal..tahniah.

    ReplyDelete
  2. Nakalnye la time sekolah dulu :D

    ReplyDelete
  3. haha sama la..time kelas bi tu la time membosankan T_T

    oh btw selamat hari guru :)

    ReplyDelete
  4. selamat hari guru buat semua warga guru..

    ReplyDelete
  5. selamat hari guru untuk cekgu2

    ReplyDelete
  6. selamat hari guru sida :muahh:

    ReplyDelete
  7. HTD.. =)

    smga kita mnjadi insan yg berguna

    ReplyDelete
  8. bestnya still cntact lg dgn ckgu lama...

    guru mmg seorang yg hebat kan..=)

    latest entry : Mampukah aku???

    ReplyDelete
  9. harrazdani: betul betul betul....^^

    ReplyDelete
  10. Izzuddin fauzi: hihi^^ yup! tp awak lagi nakal an =P

    ReplyDelete
  11. whitelover: bosan wa..sepatah haram tak faham kih3 =P
    paling bebal..asik shida kena soal tau ler monitor kan kekekee^^

    ReplyDelete
  12. apik pehe: tuk cekgu mana tu? cekgu shida ke?? hehee^^

    ReplyDelete
  13. anis anisa: yup masih lg..hehee mmg tak tjgka hebatnya^^

    ReplyDelete
  14. melawat shida.. hmm,sejauh mana kenakalan kita pon,at least kita ingat cikgu kn.. tanpa guru sapelah kite skunk :)

    selamat hari guru :)

    ReplyDelete
  15. anifabdullah: yer betul..shida stuju 101% taw^^

    ReplyDelete
  16. hehe.....itu org gila seks bom....bukan bom atom...kekekkeke

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.