semoga adam cepat sembuh..AMIN..

by - 12:59:00

Assalamualaikum, peace upon you.
Semalaman shida tak berapa nak lena tidur sebab dalam pukul9.48 macam tu lah kakak shida yang sulung tu sms bagitahu anak buah shida (adam) masuk wad. masa tu tengah makan-makan sambil tengok drama kat televisyen. Tersentap pun ada langsung stop makan. Kami balas sms kakak dia tak reply pulak,myb dalam hospital dan ada tempat-tempat tertentu memang kena silent dan of handfone. so mak Call abang ipar untuk tahu cerita sebenarnya. mujurlah abang ipar shida angkat so Mak dan ayah terus bersiap bergegas ke hospital . Mak ayah naik motor pergi kebetulan kereta kakNgah tak ada kat rumah. Mak dan ayah dah sampai kat hospital dengan selamat.
Allhamdulilah lah semuanya selamat selepas setengah jam shida call mak nak tahu perkembangan adam. Mak kata adam muntah-muntah non stop pastu adam pengsan badan dia lembik. Doktor cakap adam keracunan dalam darah. Kesiannya shida dengar ni. Actually adam ni pengasuh yang jaga sekali dengan 2orang lagi ank buah shida. Tak tahu lah masalah punca dari rumah pengasuh atau apa. 
Baru 6 bulan umur adam dah kena cucuk sana sini. Nanti shida nak pergi melawat adam. Cuma yang penting sekarang ni semoga adam cepat sembuh..AMIN..korang doakan tuk adam juga ya~
Kami semua (umi,atok,makngah,paklang,makandak,maklah,makcik dan maksu) rindu sangat Muhammad Danish Adam



You May Also Like

14 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.