Jom kenali siapa LELAKI ??

by - 01:22:00

 
Salam myreaders sepanjang hari shida asyik fikir nak post apa entri kali ini,so shida pon usha-usha la dari blog ke blog then shida jumpa la sedikit info untuk shida yang sangat-sangat berguna tapi untuk kawan-kawan blogger shida (perempuan *lelaki pun leh je baca kalau nak tahu penilaiannya) tak tahula sama ada ia sahih atau pun tidak info ni shida dapat dari blog 1001RahsiaDiri. Jom kita sama-sama baca tapi telah shida ubah ayatnya mengikut kefahaman shida sendiri..Jom Kenali siapa LELAKI ? :
  • Jika lelaki itu berdiam diri, menyendiri atau menjauhkan diri *eh sama je ayat2 tuh hihihi.. ketahuilah bahawa dia mungkin mengalami masalah atau tekanan tak kira lah dari mana datangnya masalah itu termasuk la dari segi kewangan,kesihatan,hartabenda,tempat kerja atau pun dari kita sendiri (gf).
  • Lelaki kalau ada masalah cepat cool dan cepat kembali ke bentuk asal,tak sama macam kita kaum perempuan mengambil masa terlalu lama itu pun belum tentu reda.
  • Jika lelaki tengah marah atau tertekan jangan dipujuk-pujuk bagai,kerana memberi ia masa itu sudah cukup untuk dia pulih seperti biasa.
  • Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna,menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.
  • Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Jangan merasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan hebat walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
  • Lelaki memang tak suka berleter dan rimas dengan leteran jadi lelaki cepat naik darah apabila asyik dileteri. Berbanding dengan perempuan yang memang suka berleter dah macam mak-mak. *hihi alamak kantoi =P
  • Lelaki senang menyesuaikan diri walau dimana saja dia berada mahupun dia kenal atau pun tak berbanding perempuan mungkin mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri. 
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. Dia menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan perempuan, agar apabila disatukan nanti, terjalinlah satu bentuk ikatan yang kuat dan  saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan siisteri akan dipenuhi oleh sisuami dan semua kekurangan sisuami akan dipenuhi pula oleh siisteri. * amin .. =)

You May Also Like

13 comments

  1. terbongkar suda sida nih wakakaka :x

    ReplyDelete
  2. :)
    http://norfaeizenabdulrahimneyu.blogspot.com/2011/01/3-wanita-popular.html

    ReplyDelete
  3. pat: xpela sng nk mncari kserasian..huhu

    ReplyDelete
  4. lelaki...
    tak paham pompuan nak pe...
    kdg2 buang mase je majuk...
    hehee

    ReplyDelete
  5. atsuko: harus la bersabar k hihih =)

    ReplyDelete
  6. fathiah: biasa la adat bcinta perempuan adalah yg ke2 huhuh..

    ReplyDelete
  7. wah2 shida...byk gk tau psl lelaki ek...nie mesti perhati 24jam..:D

    ReplyDelete
  8. Yni Aisyah : hahaa..xde maknenye hehe ^_^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.