10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami
Bila si dia sibuk :
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja atau pun menemani kamu pergi membeli-belah.
Bila si dia ego :
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
Bila si dia romantik :
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.
Bila si dia panas baran :
Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahannya reda. Lelaki ni kalau dah meletop habislah!
Bila si dia penat :
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh temah. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan.
Bila si dia pentingkan diri sendiri :
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk cuba bertoleransi antara satu sama lain.
Bila si dia mengongkong :
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
Bila si dia selamba :
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.
Bila si dia curang :
Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
Bila si dia lurus bendul :
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
61 comments
heheh..nak kena pratikan ni...heheh..
ReplyDeletelelaki paling tak suka kalau cakap buruk pasal mak dia kan? walaupun mak dia macam apa tah.. lepas tu orang mengata mak dia memang dia marah gila.. kan kan kan?
ReplyDeletenice tips ..mahu cuba .haha
ReplyDeletebunga: hehe..ikotla kalo nk ikot..mmg ade gunanya sbb mgelak dari pgduhan bsar hihi =)
ReplyDeleteAin: memang pun ..lagi2 kalo dia ank mak..haihh fein-fenin ~
ReplyDeletenelly: cuba jgn xcuba xrugi pon hihi =)
ReplyDeletelaki ke pmpn ke, mesti tak suka kalau orang lain memburuk-burukkan keluarga mereka... family come first.. jah suka yang tentang selamber tu.. hehe...
ReplyDeletechekjah: shida hangin tang curang hahaa ~
ReplyDeleteBagus info ni. Good job! :)
ReplyDeletefara: tq =)
ReplyDeletehoho..bole guna untuk pikat gigi susu ni..yiiihaahahahh1! :)
ReplyDeletehihihi gigi nih mcm2 lah ekekke =P
ReplyDeletesokong Ain Zulaikha!
ReplyDeletesida kena tambah part yang Ain tu!
ReplyDeletedapat yang curang siap ar!
ReplyDeletep/s: bis la En Hantu :larik:
hehe..mcm2 pi lar skali skala..hahaha..
ReplyDeletetak dak org nk lyn.. :P
pat: lalalalla~
ReplyDeletegigi..nk pgil gugu leh x ekekke :P
ReplyDeletelaki kalau sekali marah haaa , hambek kau :P hihii
ReplyDeletebila da kawen semuanya main bedal je..huhu
ReplyDeleteBaca pos terawal Shida.
ReplyDeleteHehe lelaki ego, cuba elakkan.
terima kasih NA sudi baca..tp shida buat penambahbaikan..utk entri ini :)
DeleteHehehe... lelaki kena faham juga... cepat senaraikan situasi perempuan pula :))
ReplyDeletedah siap, jemput baca next entri heheee
Deletesemua yg dinyatakan di atas, abe kie setuju belaka...
ReplyDeletehahahaa..terbaik abam kie ^_^
DeleteGood sharing
ReplyDeletehehee..standby rabia hehee
DeleteBila dia takde duit
ReplyDeleteJangan mintak beli esbox baru
esbox pulak..wak..hahahaa
Deleteohhh saya kalau bab relay ni satu ja sy selalu pegang.
ReplyDelete1. Talk - thats how things work :)
Betul itah..mana2 hubungan pn..komunikasi tu penting :)
Deletebaiklah
ReplyDeletesyaz! jgn redooo sgt hahaha ^_^
Deletemama setuju. apapun kena pandai baca reaksi dan emosi pasangan. lama kelamaan nanti pandai la kita nak handle
ReplyDeletebetul mama..setuju dgn mama :)
DeleteWah, ini ilmu soal lelaki. Mana nih, lelaki, benar nggak ya 10 situasi itu?
ReplyDeleteAku tahu saudara laki-lakiku juga gitu, khususnya di bagian ego.
benar..lelaki dan egois tak boleh dipisahkan ^_^
Delete11... bila dia lapar...
ReplyDeletehahahahhaha..uncle la tu ^_^
DeleteTak ada pasangan lagi kak shida :(
ReplyDeletetakpa simpan dulu hahahhaa ^_^
Deletehahaaa^^ nice tips kak :p
ReplyDeletegelak yerr hahaha =D
DeleteTerima kasih kerana memahami.. hihi.
ReplyDeletehahahaha =D
DeleteJadi perempuan ni kadang-kadang yang dikata jangan tu lah yang suka nak buat.
ReplyDeletesungguh AI..huhuuu
DeleteGood tips :)
ReplyDeleteterima kasih naniey :)
DeleteKena faham dan pandai tackle dalam setiap situasi. Curang dan ego tu mintak jauh lah :)
ReplyDeletebetul fiza!
DeletePanas baran tu memang menakutkan! Kalau curang, memang setuju undur diri saja sebelum luka tambah dalam.
ReplyDeletebab curang tu setuju sgt kak amie :)
DeleteBila si dia busy ituu yg perempuan suka kacau sebenarnyaa 😆😆
ReplyDeletekan..tp bergantung pada mood laki kita..kalau kate mood fokus baik jgn hahaaa
DeleteDengan lelaki ini kena cakap terus je, tak yah lah kias-kias.. bukan dia faham pun.. hahaha.. nice tips Shida..
ReplyDeleteSaya tak pernah buka handphone atau dompet dia kecuali dia yang meminta saya untuk buka. Saya percaya dia tidak akan melakukan hal-hal yang tidak baik di belakang saya. Saya sediakan dia baju ganti ketika dia pulang bekerja, dia bisa ambil sendiri tetapi sedikit perhatian itu membuatnya senang luar biasa. ^_^
ReplyDeletehahaha..susah betul in relationship ni..letih nak paham memahami
ReplyDeletehu hu hu...
ReplyDeletenak hampir 20 thn kawin ni, masih lagi mengenali en.asben.
masa muda lain. dah separuh tua ni lain plak, shida :)
aduhai.
bla dia selamba sy cubit je terus😆😆😆😆
ReplyDeleteSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.